SUKSES KENDIRI JATIDIRI.

SEJARAH SEKOLAH

Monday, 5 September 2011

SEJARAH SEKOLAH








Sekolah Kebangsaan Jeram telah dibina pada tahun 1955 di atas keluasan tapak lebih kurang 3 ekar. Tapak asal ini adalah sebuah lading getah kepunyaan seorang taukeh cina. Bangunan pertamanya menempatkan sebuah pejabat dan 3 buah bilik darjah. Pada masa itu, Guru besarnya ialah En.Kahirudin bin Yusof.



Oleh kerana, pertambahan murid yang menggalakkan, maka 2 buah bangunan baru telah dibina pada tahun 1969. Bangunan ini terdiri daripada sebuah bilik guru, 3 buah bilik darjah dan sebuah stor. Bangunan baru ini telah dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya. Waktu terus berubah, pelbagai perubahan telah dilakukan demi untuk kecemerlangan.

Pada tahun 1999, sebuah bangunan pentadbiran yang baru telah dibina. Bangunan ini terletak di bahagian belakang blok C. Bangunan ini menempatkan sebuah pejabat yang lengkap dengan beberapa buah computer, sebuah bilik guru besar, 3 buah bilik guru penolong kanan dan sebuah bilik guru.

Sekolah ini juga pernah menempa beberapa kejayaan di bidang kurikulum dan kokurikulum. Antaranya pada tahun 1995, dua orang murid sekolah ini telah Berjaya memasuki MRSM, pada tahun 1968 hingga 1970 sekolah ini telah Berjaya menjadi Johan Bola Jaring Negeri Melaka dan Naib Johan Sepak Takraw pada tahun 1993.


Sejajar dengan perkembangan IT pada masa kini, Sekolah Kebangsaan Jeram mula dilengkapi dengan sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik APD, surau dan beberapa bilik lain.
Sesungguhnya, warga kerja SKJ senantiasa mengharapkan agar Sekolah Kebangsaan Jeram akan terus maju di bidang kurikulum mahupun kokurikulum di samping dapat melahirkan insan yang berguna kepada bangsa, agama dan Negara.

Posted by Sekolah Kebangsaan Jeram, at 20:56  
0 comments

Post a Comment

Powered by Blogger.